ADVOKASI PUTRA | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» ADVOKASI PUTRA

ADVOKASI PUTRA

Pada 2016, UPM telah menghasilkan 43 artikel penulisan dengan melibatkan lebih daripada 14 pakar dalam pelbagai bidang. Enam (6) daripada keseluruhan artikel tersebut disumbang oleh Naib Canselor UPM yang memfokuskan kepada cabaran universiti dalam meningkatkan daya saing, graduan sebagai insan, kelestarian hijau, kecemerlangan universiti untuk negara dan nilai ihsan dalam meningkatkan kecemerlangan universiti.

Banyak huraian isu telah didiagnosis dan banyak juga cadangan dikemukakan untuk pertimbangan pembuat polisi dan sekali gus meningkatkan pengetahuan rakyat dalam sesuatu bidang. Antara isu, pendapat atau maklum balas yang diketengahkan oleh pakar UPM sepanjang 2016 ialah peningkatan kos sara hidup, kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), pembangunan belia, pra syarat hijau, penyakit zika, bajet, vaksin penyakit difteria, penyakit zika, kebajikan haiwan, variasi durian, produk ayam kampung, pekerja asing, perkembangan politik, ketidakstabilan harga petroleum, BR1M dan lain-lain lagi.

Senarai Artikel di bawah tajuk Kemanusiaan, Pendidikan, Politik, Ekonomi & Tadbir Urus...more...
Senarai Artikel di bawah tajuk Sains Gunaan, Kejuruteraan & Teknologi...more...
C1511000615