FREQUENTLY ASKED QUESTION | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» FREQUENTLY ASKED QUESTION

FREQUENTLY ASKED QUESTION

Value Management
1
What is Value Managment?

VM ditarkrifkan sebagai pendekatan pelbagai disipilin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prerstasi program/projek tersebut.

2
Apakah skop pelaksanaan VM?

Pelaksanaan VM di UPM merangkumi tiga (3) skop utama iaitu: Perancangan dan pelaksanaan projek fizikal yang bernilai RM500,000 dan keatas; Perancangan dan pelaksanaan program utama universiti yang melibatkan kos tinggi; Perancangan dan pembangunan sistem ICT yang bernilai lebih RM500,000.

3
Berapa peringkat VM?

VM melibatkan satu kitaran pelaksanaan kajian yang melibatkan Kajian Nilai (VA), Kajian Kejuruteraan Nilai (VE) dan Semakan Nilai (VR).

4
Apa itu Kajian Nilai (VA)?

Tujuan VA adalah untuk mengenal pasti program/projek yang dapat menyumbang kepada pencapaian objektif dengan kos yang optimum serta dapat meningkatkan prestasi pengurusan program/projek/sistem.  VA digunakan sebagai salah satu strategi pengurusan bagi mencapai value for money kerana pada peringkat ini keperluan sebenar program/projek/sistem dapat ditentusahkan.

5
Apa itu Kajian Kejuruteraan Nilai (VE)

Tujuan VE bagi menentukan alternatif dan kaedah terbaik melaksanakan program/projek/sistem bagi memaksimumkan value for money dan meningkatkan keberkesanan program/projek/sistem.  Ini  dilakukan dengan menyisih fungsi, reka bentuk dan spesifikasi yang tidak perlu atau tidak penting disamping mencadangkan kaedah atau alternatif yang boleh menambah baik penyampaian program/projek/sistem.

6
Apa itu Semakan Nilai (VR)

VR dilaksanakan selepas program/projek/sistem disiapkan.  Ianya bertujuan untuk  menilai pencapaian berbanding dengan objektif yang telah ditetapkan.  Ia juga sebagai satu usaha penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program/projek/sistem seterusnya.

Updated:: 27/04/2015 [hairul_nizam]

CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8946.6003
03 8943.1296
C1505918958