INTERNAL SELF ACCREDITATION MAINTENANCE AUDIT | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» NEWS » INTERNAL SELF ACCREDITATION MAINTENANCE AUDIT

INTERNAL SELF ACCREDITATION MAINTENANCE AUDIT


SERDANG, 5 Mei 2015 – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melaksanakan Audit Dalaman Swaakreditasi yang bermula pada hari ini dan berakhir pada 8 Mei 2015.

Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata audit dalaman itu merupakan persediaan awal UPM bagi menjalani Audit Pengekalan Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dijangkakan pada 28 September hingga 2 Oktober 2015.

“Audit dalaman swaakreditasi adalah penting untuk UPM membuat penambahbaikan secara menyeluruh yang melibatkan semua entiti akademik dan PTJ yang menyediakan perkhidmatan sokongan supaya jaminan kualiti akademik UPM berada pada standard yang lebih cemerlang”, kata beliau ketika memberi ucapan pada Taklimat Pembukaan Audit Dalaman Swaakreditasi di sini, hari ini.

UPM telah mendapat status swaakreditasi pada tahun 2010 dan pelaksanaan Audit Pengekalan Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) adalah sebagai syarat penilaian semula institusi yang telah dianugerahkan status swaakreditasi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun.

 


Seramai 39 panel audit akan melaksanakan audit dalaman swaakreditasi selama empat hari yang diselaraskan oleh Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), UPM. Manakala aktiviti audit dalaman untuk kampus cawangan UPM di Bintulu Sarawak akan dilaksanakan pada 18 Mei 2015.

Pengerusi Panel Audit Dalaman Swaakreditasi, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata pelaksanaan audit dalaman akan memfokuskan sembilan bidang utama dalam Code of Practice for Institutional Audit (COPIA), pelaksanaan program berdasarkan program standard yang telah ditetapkan oleh MQA, dan juga Code of Practice for Programmes Audit (COPPA).

 


“Panel audit akan melihat secara menyeluruh keberkesanan sistem jaminan kualiti akademik di UPM mengikut standard dan kerangka yang telah ditetapkan oleh MQA terutamanya kekuatan dan peluang penambahbaikan yang boleh meningkatkan jaminan kualiti akademik mengikut amalan yang terbaik,” kata beliau semasa sesi pembukaan audit dalaman swaakreditasi.

Taklimat pembukaan audit dalaman swaakreditasi dihadiri oleh jawatankuasa pengurusan UPM, pegawai kanan, pegawai tadbir dan wakil pelajar.


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8946.6003
03 8946.8972
C1511033552