KURSUS AUDIT PROGRAM PENGAJIAN | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» NEWS » KURSUS AUDIT PROGRAM PENGAJIAN

KURSUS AUDIT PROGRAM PENGAJIAN

BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT, 26 DISEMBER 2013-Seramai 60 Panel Penilai Dalaman Universiti telah hadir dengan jayanya Kursus/Latihan Audit kepada Panel Penilai UPM. Kursus/latihan audit ini turut melibatkan Penolong Pendaftar disetiap fakulti yang menyediakan dokumen COPPA bagi program pengajian masing-masing. Turut dijemput untuk menghadiri kursus ini adalah Timbalan Dekan (Akademik), Timbalan Dekan (Siswazah), Ketua Jabatan dan Penyelaras program pengajian fakulti.

Kursus/Latihan Audit ini telah diadakan pada 23-24 Disember 2013 bertempat di Auditorium, Fakulti Pengajian Pendidikan dan  Bilik Seminar, Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia. Penceramah jemputan yang diundang ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Haji Mohamad dari USM. Beliau menyampaikan tajuk kursus berkaitan Kod Amalan Program Pengajian (COPPA) dan panduan untuk melaksanakan audit program pengajian mengikut format MQA. Pada hari kedua kursus, penceramah jemputan ialah Tuan Haji Mohamed Nadzri Mohd. Yusoff yang menyampaikan kursus bertajuk Learning Outcomes.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin  berkata beliau berasa bangga dengan komitmen yang diberikan oleh Panel Penilai yang melaksanakan tugas audit secara sukarela dan tidak mendapat apa-apa bayaran selama tempoh lantikan mereka.

Panel Penilai yang hadir turut berpuas hati dengan kursus/latihan audit yang dianjurkan oleh pihak BPK dan berharap ianya akan terus dilaksanakan di masa akan datang.


Updated:: [nur_fareha]

MEDIA SHARING

CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8946.6003
03 8943.1296
C1505873175