SESI PENERANGAN DAN MAKLUM BALAS PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020 | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» NEWS » SESI PENERANGAN DAN MAKLUM BALAS PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020

SESI PENERANGAN DAN MAKLUM BALAS PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020

UPM dalam usaha menyediakan dokumen Pelan Strategik 2014-2020 yang dijangka akan dilancarkan pada Januari 2014. Pelan Strategik ini adalah sebagai hala tuju UPM bagi mencapai visinya sebagai universiti bereputasi antarabangsa. Penyediaan dokumen ini diterajui oleh jawatankuasa tertinggi universiti yang memegang portfolio masing-masing iaitu:

  • Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
  • Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi
  • Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
  • Dekan Fakulti Pertanian dan Pengarah Institut Kajian Dasar dan Pertanian Makanan (IKDPM)
  • Pendaftar

Ahli- ahli yang membantu dalam penyediaan dokumen ini juga terdiri daripada pegawai-pegawai kanan universiti serta ahli-ahli lain yang dijemput khas atas kapasiti pengalaman dan pentadbiran universiti.

Penyediaan dokumen Pelan Strategik ini telah mencapai fasa terakhir penyediaannya. Bagi mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh berkenaan penyediaan dokumen yang telah disediakan, pihak Bahagian Perancangan Korporat selaku sekretariat telah mengadakan empat sesi penerangan seperti berikut:

  • Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Alumni, Industri
    dan Masyarakat pada 22 Oktober 2013
  • Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Persatuan Staf
    UPM pada 23 Oktober 2013
  • Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Professor pada 12
    November 2013)
  • Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Wakil Persatuan
    Pelajar pada 25 November 2013

Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Alumni dan Industri

Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Badan-badan Persatuan Pekerja UPM

Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Professor

Sesi Penerangan dan Maklum Balas Pelan Strategik 2014-2020 bersama Wakil Persatuan Pelajar




Sesi Penerangan dan Maklum Balas PelanStrategik 2014-2020 bersama Persatuan Pelajar


Updated:: [nhazlina]

MEDIA SHARING

CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8946.6003
03 8943.1296
C1505872823