Matlamat & Strategi | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020 » Matlamat & Strategi

Matlamat & Strategi

Pelan Strategik UPM 2014-2020 memfokuskan lapan bidang strategik dan mempunyai lima matlamat penting untuk UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Melalui analisis, maklum balas, sumbang saran dan libat serta pelbagai kumpulan yang berkepentingan, UPM telah menetapkan bahawa kedudukan dalam ranking global perlu ditingkatkan dan memperkukuhkan impak fungsi teras UPM untuk kelangsungan kecemerlangan.

Lapan bidang strategik yang diberi tumpuan dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 ialah seperti berikut:

  1. Pengajaran dan pembelajaran, dan pembangunan pelajar secara holistik
  2. Penyelidikan, pengkomersilan dan inovasi
  3. Jaringan industri dan khidmat masyarakat
  4. Pengurusan dan pembangunan bakat
  5. Penjanaan pendapatan
  6. Bidang kebitaraan – Kecemerlangan Pertanian
  7. Pembangunan kemudahan & kelestarian kampus
  8. Penjenamaan, imej dan keterlihatan

 

Melalui lapan bidang strategik tersebut, UPM telah membentuk lima matlamat, iaitu:

  1. Mempertingkatkan Kualiti & Daya Saing Graduan
  2. Menjanakan Nilai Melalui Ekosistem RDCE yang Mantap dan Lestari
  3. Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat
  4. Memperkasa UPM Sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian
  5. Mempertingkat Kualiti Tadbir Urus

 

Muatturun dokumen Pelan Strategik UPM 2014-2020

Updated:: 21/04/2017

MEDIA SHARING

C1511000336