Putra Global 200 | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020 » Putra Global 200

Putra Global 200

Putra Global 200 (PG200) ialah salah satu aspirasi penting dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020, iaitu iltizam UPM untuk menduduki senarai 200 universiti terbaik di dunia dalam penilaian QS World University Ranking pada tahun 2020. Inisiatif UPM melalui PG200 bukan sahaja akan meningkatkan prestasi UPM dalam ranking global, malah ia juga akan memberikan manfaat secara langsung kepada universiti dan negara seperti berikut:

  • Menjana graduan berkualiti yang mempunyai nilai tambah dan bersifat global, sekali gus meningkatkan daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan
  • Menonjolkan reputasi kesarjanaan UPM khususnya dalam penerokaan penyelidikan, penemuan dan pengembangan ilmu serta menghasilkan teknologi dan inovasi untuk kemakmuran masyarakat dan kemajuan negara
  • Menjadi destinasi pengajian dan pusat rujukan penyelidikan pada peringkat antarabangsa
  • Meningkatkan budaya prestasi tinggi dalam kalangan komuniti UPM dan
  • Menarik minat pelaburan dalam penjanaan pendapatan dan menyokong kecemerlangan aktiviti UPM

 

Strategi utama UPM dalam PG200 ialah memfokuskan kepada aspek penting yang dinilai oleh QS University Ranking, iaitu indikator yang diukur dalam QS Asia University Ranking, QS World University Ranking dan QS World University Ranking by Subjects. Indikator tersebut ialah:

  • Skor dalam kajian reputasi akademik
  • Skor dalam kajian reputasi majikan
  • Bilangan pelajar antarabangsa
  • Bilangan pensyarah antarabangsa
  • Bilangan pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD
  • Jumlah sitasi (penyelidikan)
  • Jumlah H-Index (penyelidikan)
  • Bilangan penerbitan (penyelidikan)
  • Nisbah pensyarah dan pelajar
  • Bilangan pelajar untuk program mobiliti inbound
  • Bilangan pelajar untuk program mobiliti outbound

 

 Strategi dan hala tuju PG200 dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 diterjemahkan dalam bentuk rajah seperti di bawah: 

Updated:: 21/04/2017

MEDIA SHARING

C1511000324