Skop | CORPORATE STRATEGY AND COMMUNICATIONS OFFICE
» PUTRA|BAKTI » Skop

Skop

UPM memperkenalkan tiga pendekatan dalam menggerakkan aktiviti kesukarelawanan, pertama: berfokuskan kepada nic universiti, iaitu pertanian dan multidisiplin, kedua; berasaskan pemindahan ilmu dan kepakaran, dan ketiga; berkonsepkan kolektif dan kerjasama.

Sebagai sebuah universiti yang mempunyai nic pertanian, aktiviti kesukarelawan UPM juga memberi fokus kepada nic tersebut termasuk bidang berkaitan dengan pertanian. Ini adalah penting kerana ia dapat menjadikan aktiviti kesukarelawanan UPM unik dan berbeza dengan universiti lain.

Selain pertanian, untuk menonjolkan kepentingan pendekatan multidisiplin, aktiviti kesukarelawanan UPM juga bersandarkan kepada integrasi disiplin ilmu yang pelbagai dan menggunakan hasil penyelidikan bagi pemindahan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat.

Skop dan bentuk aktiviti sukarela sama ada bagi tujuan penganjuran atau penyertaan ialah seperti berikut:

  • Membantu anggota masyarakat memenuhi pelbagai keperluan hidup dan meneruskan tanggungjawab di samping meningkatkan kualiti hidup
  • Membantu dalam penyediaan dari segi kepakaran, keperluan material, tenaga kerja, psikologi serta sokongan moral kepada golongan yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya;
  • Membantu meringankan beban dan penderitaan kepada golongan yang kurang bernasib baik supaya dapat mengembalikan potensi diri tanpa mengira etnik, bangsa, agama dan negara;
  • Memberikan perkhidmatan sosial kepada mangsa berlandaskan kepada pendekatan rawatan sosial dengan kemampuan dan kepakaran yang ada.
  • Memberi khidmat bakti kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di wad.
  • dan lain-lain aktiviti sukarela yang berkaitan

Updated:: 02/05/2017

MEDIA SHARING

C1505873474