CoSComm Anjur Bengkel Kandungan Laman Web Untuk PTJ | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » CoSComm Anjur Bengkel Kandungan Laman Web Untuk PTJ

CoSComm Anjur Bengkel Kandungan Laman Web Untuk PTJ

Oleh: Khairul Ziana Kinainah

SERDANG, 27 Jun - Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) menganjurkan Bengkel Kandungan Laman Web kepada Jawatankuasa Kandungan Laman Web Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Universiti Putra Malaysia (UPM) di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan.

Ia dihadiri kira-kira 250 peserta.

Taklimat disampaikan penceramah Khairul Anuar Muhamad Noh dari CoSComm dan Dr. Nor Azura Adzharuddin dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Bengkel bertujuan memberi pengetahuan serta pendedahan kepada semua AJK Kandungan Laman Web peringkat PTJ berkaitan cara menguruskan kandungan laman web secara lebih teratur, mudah dicapai serta cara memasarkan produk atau perkhidmatan PTJ dalam laman web.

Bengkel ini juga membantu peserta untuk menulis berita, artikel dan jurnal untuk dimuat naik pada laman web dan media sosial PTJ.

Tarikh Input: 19/07/2019 | Kemaskini: 19/07/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696003 / 6009
03-97698972
SXETVAD~