CoSComm Anjur Putra Green Run 2018 | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » CoSComm anjur Putra Green Run 2018

CoSComm anjur Putra Green Run 2018

SERDANG, 1 Sept – Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Putra Green Run 2018 (PGR2018) pada 30 September ini bagi mendapatkan dana untuk melaksanakan pelbagai projek kelestarian hijau di kampus.

Pengarah Program, Abdullah Arshad berkata program itu merupakan acara larian berbentuk kesedaran projek Green Charity UPM untuk memberi pendidikan kepada masyarakat berkaitan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

“Program ini akan dapat memperkenalkan UPM sebagai destinasi edu-tourism dengan menonjolkan pelbagai kemudahan dan persekitaran hijau yang menarik serta menjana gaya hidup yang sihat untuk seluruh warga kampus dan orang awam,” katanya.

Penganjuran acara larian peringkat Universiti yang berskala besar dan julung kali diadakan ini mensasarkan 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

PGR 2018 itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang akan memberi manfaat kepada pengunjung antaranya aktiviti gerak sihat, pameran produk pertanian, pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser. - UPM

Tarikh Input: 21/09/2018 | Kemaskini: 21/09/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696003 / 6009
03-97698972
SXDdUAj~