CoSComm Kendali QS Ranking Seminar 2018 | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » CoSComm kendali QS Ranking Seminar 2018

CoSComm kendali QS Ranking Seminar 2018

SERDANG, 2 Ogos: Lebih 200 orang pegawai dan ahli akademik  daripada 50 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari seluruh negara menyertai QS Ranking Seminar 2018, di sini.

Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih oleh Kementerian Pendidikan sebagai tuan rumah seminar tahun ini. Seminar anjuran Kementerian Pendidikan dan QS Intelligence Unit itu dikendalikan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) dan diadakan di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.

Pada seminar itu, UPM diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dato’Dr.-Ing. Ir.Renuganth Varatharajoo, manakala moderator seminar ialah Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin.

QS Ranking Seminar adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan QS Intelligence Unit di beberapa buah negara terpilih bagi memenuhi pelbagai objektif.

Antara objektif itu ialah sebagai medium berkongsi maklumat kepada semua pemegang taruh (stakeholders) pendidikan tinggi mengenai kaedah yang digunapakai oleh QS Intelligence Unit dalam membuat penilaian bagi menjana senarai “QS Rankings – QS World University Rankings”, “QS Asia Rankings” dan “QS World Rankings by Subject”.

Ia juga adalah forum yang disertai pakar-pakar dalam sektor pendidikan tinggi untuk menganalisis impak QS Ranking terhadap reputasi institusi dan kadar pengambilan pelajar antarabangsa.

Ia juga adalah medan berkongsi maklumat dan perbincangan mengenai pencapaian semasa institusi pendidikan tinggi negara dalam QS Ranking dan peluang penambahbaikan.

Seminar itu juga bertujuan berkongsi maklumat mengenai aspek “Academic and Employer Reputation Metrics” dalam proses penarafan QS Ranking dan pengaruh aspek itu dalam peningkatan kedudukan institusi dalam QS Ranking.

Lanjutan daripada penganjuran seminar itu, UPM turut ditawarkan sesi khas “private discussion” bersama Pengurus Rankings (Pasukan Pemerolehan Data), Selina Griffin; Pengarah Komersil Unit Intelligence QS, Jason Newman; dan Ketua Jururunding Global, Unit Intelligence QS, David Reggio.

Tarikh Input: 21/09/2018 | Kemaskini: 21/09/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566742915