Majlis Silaturahim Aidilfitri 1440H CoSComm | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Silaturahim Aidilfitri 1440H CoSComm

Majlis Silaturahim Aidilfitri 1440H CoSComm

Oleh Khairul Ziana Kinainah

SERDANG, 14 Jun – Keseronokan dalam meraikan suasana menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Syawal 1440H di kalangan warga kerja Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) dizahirkan melalui Majlis Silturahim Aidilfitri CoSComm yang berlangsung pada 14 Jun 2019.

Majlis dari 10 pagi hingga 3 petang itu dimulakan dengan ucapan Pengarah CoSComm, Prof. Dr. Azmawani Abd. Rahman.

Majlis yang menyediakan pelbagai juadah serta menu raya itu menjadi medan merapatkan hubungan silaturahim bagi lapisan warga kerja CoSComm. Ia diserikan lagi dengan kehadiran Pengurusan Universiti serta staf dibawah entiti Pejabat Naib Canselor UPM dan tetamu undangan. 

Pengarah CoSComm serta semua staf tidak melepaskan peluang meraikan tetamu dengan beramah mesra sepanjang majlis berlangsung dan bergambar kenangan.

Tarikh Input: 19/06/2019 | Kemaskini: 19/06/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696003 / 6009
03-97698972
SXEYHAU~