Pegawai Kanan UPM Buat Kunjungan Hormat Ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pegawai Kanan UPM buat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang

Pegawai Kanan UPM buat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang

PUCHONG, 3 Mei – Sekumpulan Pegawai Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di Bandar Kinrara pada 3 Mei baru-baru ini.

Delegasi UPM diketuai oleh Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Abdullah Arshad dan Pengarah Keselamatan, Bahagian Keselamatan, ACP Md Zamri Mat Zanu selain disertai oleh tiga pegawai dari CoSComm.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Polis Daerah, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, Timbalannya, Supt. Lee Wai Leong dan Ketua Balai Polis Serdang, ASP Azreen Zakaria serta 10 pegawai lain.

Abdullah Arshad berkata perbincangan antara kedua belah pihak tertumpu kepada pertukaran maklumat untuk membendung wujudnya gejala negatif dan jenayah serta isu-isu keselamatan warga UPM.

“Kami berharap pertemuan ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua belah pihak terutamanya apabila kami telah mengenali antara satu sama.

“Kami juga berpuas hati dapat menyampaikan harapan kami kepada pengurusan ibu pejabat polis di sini dan mengetahui peranan awal yang harus dimainkan di peringkat kami,” katanya.

Tarikh Input: 09/05/2017 | Kemaskini: 09/05/2017 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566738956