Rogayah Terima Anugerah Tokoh Pekerja | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Rogayah terima Anugerah Tokoh Pekerja

Rogayah terima Anugerah Tokoh Pekerja

Oleh Khairul Anuar Md Noh

SERDANG, 3 Mei – Staf Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Rogayah Md Yasin terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Pekerja (kategori Pegawai Pelaksana) sempena Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja peringkat Universiti Putra Malaysia tahun 2018 di sini.

Beliau yang telah berkhidmat di UPM selama 34 tahun sejak tahun 1984 berkata kerjasama dan semangat berpasukan antara pekerja dan pihak pengurusan amat penting untuk melonjakkan pencapaian universiti dalam apa jua bidang.

“Menurut arahan dan menyiapkan tugasan dengan ikhlas dan berkualiti pada masa yang ditetapkan untuk kepuasan pelanggan serta memberikan pandangan kepada pihak atasan adalah kunci utama dalam kerjaya saya selama ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Rogayah menerima anugerah yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris.

Tarikh Input: 21/09/2018 | Kemaskini: 21/09/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566743476