Tiga Staf CoSComm Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Tiga staf CoSComm terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tiga staf CoSComm terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Oleh Khairul Ziana Kinainah

 

SERDANG, 3 Mei - Tiga staf Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Mereka ialah Hanisah Abdul Rahman, Marina Ismail dan Zarina Ismail yang terpilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang 2018.

Masing-masing menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan wang tunai RM1000 yang disampaikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris. Turut hadir Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar.

Pengiktirafan itu adalah insentif yang diberikan UPM kepada mereka yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang dengan membudayakan kerja berprestasi tinggi, berinovasi dan cemerlang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah CoSComm, Prof. Dr. Rusea Go menerima Anugerah Bakti Putra sempena 20 tahun berkhidmat di UPM.

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja itu diadakan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Ia dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar.

Tarikh Input: 19/06/2019 | Kemaskini: 19/06/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696003 / 6009
03-97698972
SXEYRAM~