UPM ANJUR MAJLIS KORBAN PUTRA UPM-VIETNAM SEMPENA AIDIL ADHA | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » UPM ANJUR MAJLIS KORBAN PUTRA UPM-VIETNAM SEMPENA AIDIL ADHA

UPM ANJUR MAJLIS KORBAN PUTRA UPM-VIETNAM SEMPENA AIDIL ADHA


Oleh Azman Zakaria

HO CHI MINH  (VIETNAM), 25 Sept: Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Korban PUTRA UPM-Vietnam 2015, di dua wilayah di Vietnam sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

Majlis diadakan di District 8, Ho Chi Minh City dan di Tay Nih Province.

Majlis perasmian dan penyerahan diadakan di Masjid Jaml’ul Anwar, District 8, Bandaraya Ho Chi Minh pada 25 September, manakala majlis korban di Tay Nih Province diadakan di tujuh buah kampung pada 25 dan 26 September.

Ia diadakan di Masjid Darul Naim Lilmuslimin, Masjid Noorul Islam, Masjid Noorul Iman, Masjid Noorul Ehsan, Masjid Almubarah, Masjid Jamiul Nia’mat dan Masjid Noorul Nia’mat.

Majlis dianjur dengan kerjasama Pejabat Konsul Malaysia di Ho Chi Minh City dan Education Malaysia (MEPC) Ho Chi Minh City serta Persatuan Wakil Masyarakat Islam Vietnam.

Di pihak UPM pula, urusan pengendalian majlis program itu dikendalikan oleh Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) yang menyelaras serta menyusun atur program terbabit. 

Kejayaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM menganjurkan misi khidmat komuniti di Vietnam pada Mei 2015, mendorong UPM untuk meneruskan projek khidmat sosial antarabangsa.

Kesinambungan program khidmat komuniti secara berterusan, lestari dan berimpak tinggi juga akan meningkatkan keterlihatan UPM di persada antarabangsa.

Misi ini juga dapat menzahirkan kerjasama erat antara sesama masyarakat Islam di rantau ASEAN, lebih-lebih lagi ketika Malaysia menjadi pengerusi ASEAN.

Projek sukarelawan berimpak tinggi ini yang turut membabitkan pelajar sukarelawan UPM adalah juga suatu usaha untuk menterjemah ilmu pendidikan dan kemahiran pelajar dalam memberi sumbangan kepada masyarakat luar.- UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566742904