PENGENALAN | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» KEMPEN SUMBANGAN POKOK UPM » PENGENALAN

PENGENALAN

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan institusi yang menerajui kebitaraan pertanian dan pada masa yang sama menerajui kampus hijau peringkat kebangsaan berdasarkan pencapaian UPM dalam UI-Greenmetric World University Rankings. Berdasarkan Minit 1.2(c) Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Kelestarian Hijau yang diadakan pada 31 Januari 2019, Jawatakuasa Kerja Kelestarian Hijau bertanggungjawab dalam melaksanakan beberapa inisiatif kelestarian hijau dan salah satunya adalah pelaksanaan Program Mega Penanaman Pokok UPM.

Program Mega Penanaman Pokok UPM merupakan projek yang akan melibatkan seluruh warga kampus samada sumbangan dari sudut idea, tenaga mahupun kewangan. Kebersamaan melaksanakan inisiatif ini akan memperkukuh ukhuwah warga kampus dalam usaha bersama memacu UPM sebagai institusi yang menyokong agenda kelestarian negara dan seterusnya agenda Sustainable Development Goals (SDG) dunia.

 

SUMBANGAN POKOK DARIPADA STAF, ALUMNI DAN INDUSTRI

  1. Program Mega Penanaman Pokok UPM ini memerlukan sebanyak 500 unit anak pokok Tabebuia pentaphylla dan 40 unit anak pokok Cassia fistula yang dianggarkan bernilai RM54,000 dan perlu diperolehi daripada sumbangan pihak luar seperti staf, alumni dan industri terutama untuk Aktiviti 2 pada 7 September 2019.

  2. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak 8000 sulur Nanas yang bernilai RM14,400.

  3. Jawatankuasa Kelestarian Hijau akan mengadakan kempen sumbangan pokok UPM daripada staf, pesara dan alumni UPM. Galakan sumbangan adalah berbentuk dana kewangan bagi tujuan pembelian anak pokok. Sumbangan akan dikumpul oleh semua Ketua PTJ dan disalurkan terus kepada pihak Bursar untuk tujuan rekod.

  4. Selain daripada kempen wakaf pokok, Pusat Alumni juga perlu membantu mencari dana daripada ahli Alumni UPM bagi menampung keperluan kos anak pokok.

Kemaskini:: 15/07/2019

PERKONGSIAN MEDIA

B1566740024