Seksyen Pengurusan Risiko | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK » Seksyen Pengurusan Risiko

Seksyen Pengurusan Risiko

Seksyen Pengurusan Risiko bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus aktiviti berkaitan pengurusan risiko, pengurusan nilai, pengurusan pelan kesinambungan perkhidmatan dan pembentukan indeks berdasarkan prestasi;

 

PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan risiko ialah satu proses yang akan diaplikasikan dalam UPM untuk menentukan potensi berlakunya sesuatu perkara yang akan memberi kesan kepada universiti dan mengurus risiko berkenaan agar berada di dalam kadar yang boleh diterima dan sekali gus memberi keyakinan yang munasabah mengenai pencapaian objektif universiti. Fungsi seksyen dalam aktiviti pengurusan risiko ialah seperti berikut:

  1. Membangunkan rangka kerja (framework) dan proses pembangunan Dasar Pengurusan Risiko 
  2. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko
  3. Menguruskan program latihan untuk pengurusan risiko
  4. Melaksanakan program pengurusan risiko
  5. Menyelaras dan mengurus simulasi pengurusan risiko
  6. Melaksanakan penilaian risiko, analisis impak perkhidmatan dan mencadangkan opsyen strategi
  7. Menyediakan laporan perkembangan pengurusan risiko 

 

Objektif Pengurusan Risiko

Objektif PRU adalah seperti berikut:

  1. Untuk memastikan UPM mempunyai rangka kerja pengurusan risiko yang komprehensif bagi mengenal pasti, memahami dan mengurus kepelbagaian risiko;
  2. Untuk meningkatkan akauntabiliti, proses membuat keputusan dan transparen;
  3. Untuk menyokong pengurusan sumber secara efektif dan efisien
  4. Untuk menyokong pelaksanaan Pelan Strategik UPM 2014 – 2020;
  5. Untuk memastikan langkah strategik dan tindakan yang berkesan dapat diambil bagi mengurangkan kesan risiko yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko yang boleh menghalang dan menjejaskan pencapaian matlamat UPM.

 

Dasar Pengurusan Risiko UPM

Dasar Pengurusan Risiko membentuk sebahagian daripada kawalan dalaman universiti dan pengaturan tadbir urus risiko. Dasar ini menerangkan pendekatan universiti terhadap proses yang akan diguna pakai UPM untuk pengurusan risiko dan ianya berpandukan pada MS ISO 31000:2010 sebagai kerangka asas pengurusan risiko universiti. Dasar ini juga merupakan suatu kepatuhan dalam standard pengurusan risiko dan seterusnya menyokong cadangan pelaksanaan Pengurusan Risiko di UPM. Dasar Pengurusan Risiko UPM ialah seperti berikut:

Universiti Putra Malaysia beriltizam untuk mengurangkan potensi risiko dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bagi membantu pencapaian matlamat dan objektif Universiti. Pengurusan risiko akan dilaksanakan dengan sistematik meliputi tindakan berikut:

  1. menentukan konteks pengurusan risiko untuk memastikan bahawa semua parameter luaran dan dalaman, termasuklah maklum balas pemegang taruh dipertimbangkan dalam pengurusan risiko dan penentuan skop dan kriteria risiko;
  2. mengenal pasti risiko yang dijangka berlaku termasuk punca, bagaimana dan asas kewujudan risiko;
  3. membuat analisis untuk menentukan sama ada risiko tersebut dalam keadaan terkawal atau tidak, dan kesan risiko tersebut;
  4. membuat penilaian, dan menentukan tahap keutamaan untuk menangani risiko berkenaan;
  5. merangka dan melaksanakan pelan pengurusan untuk mencegah, mengawal dan merawat risiko berkenaan untuk menangani risiko dengan berkesan, dan
  6. memantau, menilai dan menambah baik setiap langkah dan tindakan untuk memastikan keberkesanannya.

 

Pentadbiran dan Pengurusan Risiko UPM

Pengurusan risiko di UPM ditadbir urus oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko Universiti yang dipengerusikan oleh wakil Lembaga Pengarah UPM, Jawatankuasa Penyelarasan Kerja Pengurusan Risiko Universiti yang dipengerusikan oleh Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, dan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko PTJ yang dipengerusikan oleh pegawai yang dilantik oleh Ketua PTJ masing-masing.

 

Skop Pengurusan Risiko  Universiti

Skop Pengurusan Risiko  Universiti (PRU) akan menyokong lima (5) matlamat Pelan Strategik UPM 2014-2020, iaitu mempertingkat kualiti dan daya saing graduan, menjanakan nilai melalui ekosistem RDCE (research, development, commercialization & enterprising) yang mantap dan lestari, melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat, memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian dan mempertingkat kualiti tadbir urus.

 

PENGURUSAN NILAI

Pelaksanaan Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) di UPM adalah bertujuan untuk memastikan projek yang dijalankan oleh UPM memberi impak yang berkesan terhadap objektif dan matlamat universiti. VM ditakrifkan sebagai pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan inovatif untuk mengkaji keperluan fungsi sesuatu program, reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek, fasiliti dan sistem bagi mencapai nilai yang lebih baik dan kos yang optimum tanpa menjejaskan tahap prestasi program/projek tersebut. Antara tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Seksyen ini ialah:

  1. Mengurus permohonan penilaian cadangan projek yang dikemukakan oleh PTJ
  2. Menyediakan laporan Lab Pengurusan Nilai
  3. Menyediakan laporan Lab kejuruteraan Nilai
  4. Garis Panduan Pengurusan Nilai merangkumi tiga (3) peringkat, iaitu:
  5. Garis Panduan Kajian Nilai (Value Assessment – VA)
  6. Garis Panduan Kejuruteraan Nilai (Value Engineering – VE)
  7. Garis Panduan Semakan Nilai (Value Review – VR)

 

PENGURUSAN DAN PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN

Pelan Kesinambungan Perkhidmatan yang dibangunkan di UPM adalah memfokuskan kepada pengurusan sistem maklumat, iaitu perancangan pengurusan kesinambungan perkhidmatan bagi meliputi segala sumber, proses, peranan dan tanggungjawab PTJ yang terlibat yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu gangguan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan. Ia melibatkan proses perancangan, tindakan yang perlu dilaksanakan segera membaik pulih fungsi-fungsi kritikal UPM dalam tempoh yang ditetapkan bagi menghadapi keadaan atau suasana yang tidak dijangka. Untuk tujuan tersebut, seksyen ini bertanggungjawab:

  1. Mengurus dan menyelaras pembangunan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
  2. Membantu program latihan untuk Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
  3. Melaksanakan program Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
  4. Menyelaras dan mengurus simulasi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
  5. Menyediakan laporan perkembangan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan 

Terdapat empat (4) dokumen utama rujukan dalam Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan di UPM, iaitu:

  1. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan
  2. Pelan Komunikasi Krisis
  3. Pelan Tindak Balas Kecemasan
  4. Pelan Pemulihan Bencana

 

Dasar Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan

Universiti Putra Malaysia beriltizam untuk:

  1. Melaksanakan dan menyelenggara Pelan Kesinambungan Perkhdimatan Universiti Putra Malaysia selaras dengan garis panduan pengurusan kesinambungan perkhidmatan yang telah dikeluarkan dan amalan baik standard antarabangsa;
  2. Memastikan bahawa pelan yang dibangunkan berupaya menyenggara standard minimum penyampaian perkhidmatan tersedia bagi perkhidmatan kritikal Universiti Putra Malaysia; dan
  3. Mengkaji semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Universiti setiap  tahun dan apabila berlaku perubahan di Universiti Putra Malaysia serta menguji keberkesannya.

 

Seksyen ini diketuai oleh:

SALIZA MUSTAFA
Penolong Pendaftar Kanan | N44
Telefon : 03.9769 6020
Email : saliza@upm.edu.my

Kemaskini:: 09/07/2019

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566743704