Kata Alu-aluan Pengarah | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Kata Alu-aluan Pengarah

Kata Alu-aluan Pengarah

PENGARAH
PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI


 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan Selamat Datang ke Laman Sesawang Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm). Semoga maklumat yang dipaparkan melalui laman web CoSComm ini memberi manfaat kepada semua pemegang taruh UPM. CoSComm mempunyai dua Bahagian, iaitu Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Perhubungan Korporat, dan lima Seksyen yang bertanggungjawab melaksanakan semua fungsi berkaitan strategi korporat dan komunikasi di UPM.

Perhubungan Korporat dan Perancangan Strategik adalah dua komponen yang penting untuk membantu pengurusan UPM terutamanya dalam proses pembentukan hala tuju, pemantauan prestasi, menggerakkan inisiatif keterlihatan global dan sekali gus merealisasikan perhubungan korporat yang berkesan.  Berpaksikan kepada peranan penting tersebut, maka CoSComm beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang seiring dengan wawasan UPM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Saya optimis bahawa maklumat yang disediakan dalam laman sesawang CoSComm ini akan memudahkan pemegang taruh UPM mendapat informasi yang jelas tentang matlamat korporat UPM dan sekali gus memberi sokongan yang padu terhadap perkhidmatan yang disediakan.  Untuk mencipta persekitaran CoSComm yang berdaya maju dan sentiasa relevan dengan landskap universiti bertaraf global, maka CoSComm mengalu-alukan sebarang maklum balas, pandangan dan idea daripada semua pemegang taruh supaya UPM dapat memperkayakan aktiviti yang berimpak tinggi. Semoga kerjasama kukuh antara CoSComm dengan pemegang taruh akan dapat melonjakkan prestasi UPM dengan lebih cemerlang.

“BERILMU BERBAKTI”

PROF. DR. AZMAWANI ABD RAHMAN
Pengarah
Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi 

Tel : 03.9769 6021
Faks : 03.8943 1296
Emel: azar@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 09/07/2019

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566744065