Pengenalan | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Pengenalan

Pengenalan

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI (CoSComm)

CoSComm ditubuhkan pada 1 Oktober 2014 melalui penggabungan Bahagian Perancangan Korporat (BPK) dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi (MarComm). Tujuan penubuhan CoSComm adalah untuk menguruskan Strategi Korporat dan Komunikasi dengan memberi fokus keutamaan kepada agenda dan strategi universiti secara efektif.

Struktur CoSComm dibentuk berdasarkan dua bahagian, iaitu Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Perhubungan Korporat.

Bahagian Perancangan Strategik bertanggungjawab dalam Pengurusan Strategik, Perisikan Perniagaan, dan Pengurusan Risiko. Manakala Bahagian Perhubungan Korporat, melaksanakan fungsinya secara integrasi dan komprehensif dengan perancangan strategik melalui aktiviti Komunikasi Korporat, Pemasaran dan Penjenamaan.

Organisasi CoSComm diketuai oleh seorang Pengarah, dua orang Timbalan Pengarah, dua Ketua Bahagian dan empat Ketua Seksyen mengikut portfolio yang telah ditetapkan.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, CoSComm membantu UPM menghasilkan dokumen Pelan Strategik, laporan petunjuk utama prestasi universiti, laporan penarafan universiti, pengurusan jaminan kualiti akademik, pengurusan maklumat, pengurusan risiko, pengurusan kesinambungan perkhidmatan, pengurusan nilai, pengurusan laman web utama UPM, protokol, pengurusan majlis rasmi utama, perhubungan media, komunikasi krisis, pengurusan pelawat, perjanjian persefahaman antara institusi, penerbitan akhbar Tribun Putra, e-newsletter, dan mengurus informasi dalam sosial media.

CoSComm beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang untuk bersama-sama memacu UPM ke arah menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dan berusaha untuk menjulang UPM dalam Putra Global 200. Untuk tujuan tersebut, CoSComm bertekad memberi sumbangan ke arah pencapaian matlamat universiti melalui pengurusan strategi korporat yang berkesan, membentuk citra dan reputasi universiti yang cemerlang, meluaskan perhubungan korporat dan sekali gus menyemarakkan semangat kesetiaan dan kebanggaan kepada UPM.

 

Kemaskini:: 13/06/2019

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566743611