COSCOMM ANJUR PROGRAM SEMARAK PUTRA RAMADHAN BERI SUMBANGAN 37 ANAK STAF UPM | PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
» BERITA » COSCOMM ANJUR PROGRAM SEMARAK PUTRA RAMADHAN BERI SUMBANGAN 37 ANAK STAF UPM

COSCOMM ANJUR PROGRAM SEMARAK PUTRA RAMADHAN BERI SUMBANGAN 37 ANAK STAF UPM


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 9 Julai –  Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi tajaan raya untuk anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) yang terdiri daripada 37 anak staf UPM sempena program Semarak PUTRA Ramadan di sini.

Timbalan Pengarah CoSComm, Prof. Dr. Mansor Ahmad @ Ayob berkata program itu melibatkan pelajar dan staf dengan bantuan serta kerjasama Pusat Tanggungjawab di UPM.

“Program ini dapat memupuk sifat membantu di kalangan staf dan pelajar dan menggalakkan untuk membentuk jati diri serta mencerminkan personaliti dan sahsiah yang positif sebagai contoh generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, staf CoSComm, Zarina Ismail berkata ini merupakan pengalaman pertama beliau sebagai sukarelawan untuk program sebegini serta membantu anak yatim staf dalam pemilihan baju raya.

“Keceriaan anak yatim diberi tajaan dan berpeluang untuk membeli baju raya mereka sendiri membuatkan saya berasa gembira kerana dapat membantu secara langsung walaupun bukan dalam bentuk kewangan,” katanya.

Maryam Ahmad Nainy berkata program yang julung kali diadakan oleh UPM secara langsung membantu meringankan beban kewangan bagi membeli pakaian raya untuk anak beliau, Nur Afryna Lyana.

“Sebagai ibu tunggal cabaran ekonomi masa kini agak sukar dan saya perlu lebih berjimat cermat. Sumbangan ini membantu perbelanjaan saya di musim perayaan. Saya berterima kasih kepada pihak UPM atas bantuan ini dan berharap program tersebut akan berterusan di masa depan,” katanya.

Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, UPM  melancarkan program tersebut yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

Antara program yang dilaksanakan adalah program singgah sahur di rumah anak yatim Putra Perdana anjuran CoSComm dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan Pejabat Pendaftar UPM.

Selain itu, Fakulti Pertanian UPM telah bekerjasama dengan Pusat Alumni UPM meraikan anak-anak yatim dari Sekolah Darul Fuqaha dan Pusat Jagaan anak-anak yatim/miskin Rukaiyah dalam program Penutup Inkubasi Usahawantani pada 26 Jun lalu. - UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT STRATEGI KORPORAT DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769.6003 / 6009
03.8946 8972
B1566741711